Saturday, September 10, 2011

nak cantik dan sehat x????


setiap orang esp wanita suke akan cantik...aku pon gitu...tapi kan elok cantik tu plus sehat...lagi bahagia hidup...penah dengar perkataan bayam???spinach???ha xkan xpernah dengar an...mang spesies xpernah g pasar la ko neh...xpon xpernah masuk dapur tau makan je...bayam ni sangat2 banyak khasiat die...nak tau x???
bayam ni kaya ngan vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium dan vitamin B6. bayam ni gak sumber baik untuk serat pemakanan, fosforus, zink, protein, vitamin E, omega 3, niasin dan selenium. ha amek ko...punye banyak kandungan dalam bayam ni...
dalam bayam gak, ade at least 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. kajian mendapati ekstrak bayam mampu memperlahan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat (takut aku dengar nama penyakit  neh)..
vitamin K, kalsium dan magnesium dalam bayam penting untuk mengekalkan kesihatan tulang. bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin A dan C. kedua-dua vitamin ini adalah antioksidan yang bertindak mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. selain itu, ia juga membantu menghentikan kolestrol daripada pengoksidaan sekaligus mencegah radikal bebas melekat dan terbentuk dalam saluran darah. folat dan magnesium yg ade lam bayam ni plak adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.
bayam gak baik untuk otak di mana ia membantu melindungi otak drpd tekanan oksidatif dan boleh kurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. bayam juga mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada katarak. kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayam bertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan sinar UV.


bayam merupakan sumber zat besi, mineral yang penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid sebab wanita berisiko mengalami kekurangan zat besi dalam badan. bayam juga kurang kalori dan bebas lemak. folat yang terkandung dalam bayam diperlukan bagi tumbesaran fetus terutama untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. kalau kurang folat, kecacatan seperti bibir sumbing boleh jadi..


vitamin A dalam bayam juga amat baik bagi ibu mengandung kerana vitamin amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan baik bagi ibu yang menyusui bayi.


pasni aku nak makan bayam selalu la...aku nak cantik...aku nak sehat...korang xnak ke???haaa bagi yang tengah mengandung tuh, makan la bayam ye..utk kebaikan awak ngan baby gak...okeh??


TATA

No comments:

Post a Comment